Jika anda peminat Udang Galah atau Si sepit biru ini boleh la datang ke Empangan Muda ini.Jarak perjalanan dari pekan Tikam Batu lebih kurang 6km berdekatan kawasan Permatang Pasir.Difahamkan Udang Galah Empangan Muda disebelah hulunya lebih besar dan lebih tua dari udang di sebelah hilir,apakah benar dakwaan ini?Jadi anda kenalah berkunjung kesini untuk mendapatkan kesahihannya.Untuk menjerat Si Sepit Biru ini anda boleh menggunakan umpan Perumpun,hirisan ikan kembung dan ada juga sesetengah pemancing yang mahir menggunakan umpan buatan sendiri yang menggunakan beberapa bahan dan diadun sebati dan diperam.Untuk pengetahuan pembaca disepanjang Sungai Muda ini juga terdapat lubuk-lubuk Udang Galah yang bertaburan dan ada yang lubuknya dirahsiakan dari pengetahuan umum.Di Empangan Muda bukan sahaja anda boleh menjerat Si Sepit Biru ini malah disini terdapat pelbagai ikan bersaiz kasar,hanya teknik dan umpan perlu diolah mengikut jenis sasaran yang hendak dijerat.Penulis harap artikel ini dapat membantu anda dari segi tempat memancing yang popular,umpan dan sebagainya.Untuk mendapatkan lebih info mengenai sukan pancing boleh layari http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com
Artikel:http://video-pancing-malaysia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment