Pulau Sayak terletak 20km dari pusat Bandar Sg Petani Kedah.Pulau Sayak memang cukup sinonim dengan "kaki pancing" sekitar sg petani.Lokasi yang strategik ini mendorong penulis untuk menulis mengenai lokasi yang berpotensi ini.Bagi pengetahuan anda di sekitar pulau ini strukturnya berbatu karang dan terdapat taburan lubuk yang berpotensi dan peghuninya seperti siakap,siakap merah,kerapu,gelama,duri,semilang karang,tetanda karang,tetanda,jenahak,senangin dan banyak lagi.Umpan yang disarankan untuk menjerat spesis pemangsa disini adalah seperti udang hidup,hirisan ikan atau sotong,mungkin anda boleh mempelbagaikan teknik memancing dan umpan.Umpan perumpun juga boleh digunakan disini...Untuk mengetahui spesis apa yang ada disini cubalah berkunjung kesini,disini juga terdapat beberapa buah resort untuk kemudahan pemancing atau pelancong yang berkunjung kesini.Pulau Sayak terletak berhampiran PANTAI MERDEKA ,..pernah dengar lagu Cinta Pantai Merdeka..!dan juga terletak dikawasan Kota Kuala Muda dimana tempatnya dilanda "TSUNAMI".Bagi anda yang berkunjung kesini jangan lupa berkunjung ke Galeri TSUNAMI untuk mendapatkan maklumat atau info semasa berlakunya TSUNAMI.Untuk mendapatkan lebih info mengenai sukan pancing boleh layari http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com
Artikel:http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com
#1 Video Pancing Malaysia menampilkan video pancing,sport fishing,chat pancing,lokasi pancing,info pancing,peralatan pancing,dunia pancing,kaki pancing dan anda boleh komen mengenai sukan pancing disini.
ReplyDelete