Try a NEW Google Search Engines..!

Custom Search

BERIKLAN DENGAN IKLAN PIXEL

FREE..!

USD22,220 EVERY MONTH

pancing duit

JANGAN KETINGGALAN....!!!!

look here

DOWNLOAD PERCUMA..!

LOOK HERE..!

JOIN USAHA 1 Income dari 3 sumber

DOWNLOAD PERCUMA

LAGI PERCUMA DARI TIM BEKKERS'S

PERCUMA 100%

Monday, July 19, 2010

Teluk Bayu-Oleh:Suhaimi Marzuki

Teluk Bayu atau lebih dikenali sebagai Teluk Air oleh penduduk setempat adalah satu lagi "pot" memancing yang popular di Sungai Petani Kedah.Sudah agak lama penulis tidak berkunjung kesini,dulu disinilah tempat penulis mula berjinak-jinak dengan sukan memancing bersama kawan-kawan.Disini juga ada disediakan gerai makan,chalet terapung dan bot juga boleh disewa untuk kemudahan pemancing yang berkunjung kesini.Teluk Bayu terletak di pedalaman Kampung Bukit Kecil lebih kurang 12km dari pusat Bandar Sg.Petani kedah.Disini terdapat berbagai spesis ikan seperti Gelama,Duri,Goh,Ketuka,Pari,Siakap,Siakap Merah,Tetanda,Daun Baru,Semilang,Jenahak dan banyak lagi.Bagi kaki mengilat atau kaki trolling disini adalah "pot" terbaik untuk anda.Bila air pasang besar diwaktu malam anda juga boleh menjala udang ditepian sahaja,perghh..!sedap beb kalau dibakar meleleh air liur.Bagi kaki menjala tu berhati-hati semasa menjala diwaktu malam,bukan apa kalau untung dapat Siakap tapi kalu dapat Ular macamana.Bagi anda yang ingin mencuba sejauh mana potensi Teluk Bayu boleh la berkunjung kesini,kedatangan anda sangat dialu-alukan.Pesan Penulis berhati-hati semasa memancing dan keselamatan perlu di"UTAMA"kan tak kira dimana jua.Untuk mendapatkan lebih info mengenai sukan pancing boleh layari http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com

Artikel:http://video-pancing-malaysia.blogspot.com

Saturday, July 17, 2010

Udang Galah Empangan Muda-Oleh:Suhaimi Marzuki

Jika anda peminat Udang Galah atau Si sepit biru ini boleh la datang ke Empangan Muda ini.Jarak perjalanan dari pekan Tikam Batu lebih kurang 6km berdekatan kawasan Permatang Pasir.Difahamkan Udang Galah Empangan Muda disebelah hulunya lebih besar dan lebih tua dari udang di sebelah hilir,apakah benar dakwaan ini?Jadi anda kenalah berkunjung kesini untuk mendapatkan kesahihannya.Untuk menjerat Si Sepit Biru ini anda boleh menggunakan umpan Perumpun,hirisan ikan kembung dan ada juga sesetengah pemancing yang mahir menggunakan umpan buatan sendiri yang menggunakan beberapa bahan dan diadun sebati dan diperam.Untuk pengetahuan pembaca disepanjang Sungai Muda ini juga terdapat lubuk-lubuk Udang Galah yang bertaburan dan ada yang lubuknya dirahsiakan dari pengetahuan umum.Di Empangan Muda bukan sahaja anda boleh menjerat Si Sepit Biru ini malah disini terdapat pelbagai ikan bersaiz kasar,hanya teknik dan umpan perlu diolah mengikut jenis sasaran yang hendak dijerat.Penulis harap artikel ini dapat membantu anda dari segi tempat memancing yang popular,umpan dan sebagainya.Untuk mendapatkan lebih info mengenai sukan pancing boleh layari http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com

Artikel:http://video-pancing-malaysia.blogspot.com

Toman Pantai Kamloon-Oleh:Suhaimi Marzuki

Kenapa..?Terkejut..!Mana ada toman kat pantai bro..!Belangkas banyak la.Sebenarnya Pantai Kamloon adalah sebuah nama tempat dikawasan Bumbung Lima.Pantai Kamloon terletak diantara sempadan Kedah dan P.Pinang dan lebih kurang 4km dari Pekan Tikam Batu.Jika anda pernah meggunakan Lebuh Raya U/S dan bergerak dari utara ke selatan anda akan nampak sebuah tasik bersebelahan Sungai Muda selepas Hentian Tikam Batu.Bagi kaki mengilat anda boleh la menduga spesis apa yang merajai Tasik Pantai Kamloon ini,disini terdapat berbagai jenis ikan seperti Lampam,Toman,Kelisa.Hanya dengan menggunakan teknik casting berumpankan katak hidup sudah mampu menjerat toman disini.Bagi kaki pancing yang ingin berkunjung kesini saya sarankan mempelbagaikan teknik dan umpan,dan anda juga boleh memancing di Sungai Muda yang terletak bersebelahan saja.Sungai ini menyimpan khazanah seperti Patin,Kaloi,Kap,Tapah,Belida,Selat,Udang Galah dan banyak lagi spesis air tawar dan terpulang kepada pemancing sendiri bagaimana nak menjinakkan spesis ini dan umpan apa yang harus digunakan.Penulis harap artikel ini mampu memberi sedikit sebanyak info kepada kaki-kaki pancing di Malaysia khususnya.Untuk mendapatkan lebih info mengenai sukan pancing boleh layari http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com

Artikel:http://video-pancing-malaysia.blogspot.com

Friday, July 16, 2010

Pulau Sayak-Oleh:Suhaimi Marzuki

Pulau Sayak terletak 20km dari pusat Bandar Sg Petani Kedah.Pulau Sayak memang cukup sinonim dengan "kaki pancing" sekitar sg petani.Lokasi yang strategik ini mendorong penulis untuk menulis mengenai lokasi yang berpotensi ini.Bagi pengetahuan anda di sekitar pulau ini strukturnya berbatu karang dan terdapat taburan lubuk yang berpotensi dan peghuninya seperti siakap,siakap merah,kerapu,gelama,duri,semilang karang,tetanda karang,tetanda,jenahak,senangin dan banyak lagi.Umpan yang disarankan untuk menjerat spesis pemangsa disini adalah seperti udang hidup,hirisan ikan atau sotong,mungkin anda boleh mempelbagaikan teknik memancing dan umpan.Umpan perumpun juga boleh digunakan disini...Untuk mengetahui spesis apa yang ada disini cubalah berkunjung kesini,disini juga terdapat beberapa buah resort untuk kemudahan pemancing atau pelancong yang berkunjung kesini.Pulau Sayak terletak berhampiran PANTAI MERDEKA ,..pernah dengar lagu Cinta Pantai Merdeka..!dan juga terletak dikawasan Kota Kuala Muda dimana tempatnya dilanda "TSUNAMI".Bagi anda yang berkunjung kesini jangan lupa berkunjung ke Galeri TSUNAMI untuk mendapatkan maklumat atau info semasa berlakunya TSUNAMI.Untuk mendapatkan lebih info mengenai sukan pancing boleh layari http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com

Artikel:http://www.video-pancing-malaysia.blogspot.com